Rabu, 28 September 2011

BACAAN INTENSIF....TAHUN SATU.

Aku Sebuah Basikal.


Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak. Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati. 


      Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk bersiar-siar dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku.


      Aku berjanji akan menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi. 


      Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan